Breakout!!! Dan Teknik Trade Breakout

Breakout!! Ya, sebagai trader kita memang suka dengan breakout. Ada fresh breakout, ada breakout new high, ada breakout trendline dan sebagainya. Semuanya ada potensi menjana keuntungan jika dapat mahirkan diri dan cepat mengesan kaunter breakout ini. Breakout terjadi apabila harga memecahkan aras rintangan semasa dan breakout terbaik apabila berlaku pemecahan aras rintangan disokong oleh volume yang besar. Breakout kebiasaannya berlaku apabila demand melebihi permintaan dan menunjukkan minat belian yang tinggi. Kebiasaan minat belian akan bertambah apabila berlakunya breakout. Akan tetapi, ada juga keadaan dimana breakout kerana news. Contohnya ada news tentang sesuatu syarikat (kaunter) itu mendapat projek baru yang nilainya yang besar akan menyebabkan harga saham melompat dan membuat breakout new high. Cuma keadaan ini sukar diramal dan kadang-kadang menjadi fake breakout kerana pada hari dagangan seterusnya, harga kembali jatuh ke bawah aras rintangan sebelum ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan anda mampu untuk menjana keuntungan dengan saham. Trade dengan ilmu pasti boleh menguntungkan, jangan trade dengan emosi kerana pasti akan merugikan. Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, harap dapat share dengan rakan trader yang lain ya. Jemput juga tonton video dibawah ini ya: Kami akan terangkan dengan lebih lanjut tentang breakout di Kelas Saham Teknik Trade TCT nanti. Kami juga akan kongsikan kaunter-kaunter yang menanti breakout di dalam group exclusive peserta kelas saham TCT supaya kita sama-sama alert dan jana keuntungan nanti.