Combo Effect Pro merupakan salah satu indicator yang memberi panduan kepada trader agar tidak membeli harga di puncak. Trader boleh menggunakan Combo Effect untuk mengelakkan diri dari terjerat dengan “Buy Call” dari group-group yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, Combo Effect juga boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan entry yang terbaik apabila candle ataupun price berada di garisan paling bawah ataupun garisan tengah indicator ini.
Mengelakkan dari entry di puncak
Merujuk pada gambarajah di atas, mudah untuk kita melihat garisan atas Combo Effect boleh dijadikan sebagai resistence manakala garisan paling bawah adalah Support bagi sesuatu kaunter.
Oleh sebab itu, price atau candle yang telah menyentuh garisan atas Combo Effect adalah sangat berisiko tinggi untuk entry kerana kemungkinan untuk harga jatuh adalah sangat tinggi. Walaupun kaunter tersebut dalam keadaan menaik(uptrend), namun kita perlu membuat keputusan untuk membuat entry sebaiknya dari bawah agar profit yang kita perolehi lebih besar.
Mengelakan dari entry di puncak juga dapat mendidik emosi agar tidak terlalu mengejar harga dan tidak ada istilah tak cukup tidur malam jika kaunter mengalami kejatuhan yang jauh daripada entry kita.
Entry di dasar Combo Effect
Salah satu cara terbaik untuk meminimumkan risiko adalah dengan menggunakan Combo Effect Pro. Membuat entry ketika harga atau candle berada di bawah.
Trader perlu membuat kajian dan pemerhatian bagaimanakah candle ataupun price akan rebound melalui garisan bawah Combo Effect. Jika perulangan berlaku banyak kali rebound dari bawah, bolehlah mencari entry yang terbaik.
Kepentingan Middle Combo Effect Pro
Middle Combo Effect merupakan pusat pada indicator ini. Ianya sangat penting untuk memastikan harga dan price naik lebih tinggi atau turun lebih jauh. Ianya juga boleh dijadikan sebagai Resistence dan juga support, kerana adakalanya harga boleh rebound dari minddle Combo Effect.
Gambarajah menunjukkan panduan bagaimana price atau candle memberikan reaksi. Jika Middle Combo Effect dijadikan support, dan tidak berjaya menahan penurunan harga, harga akan terus turun. Begitu juga jika bila ia dijadikan sebagai resistence, jika harga berjaya melepasinya, ia akan naik dengan lebih tinggi.
*TCT menyediakan trial untuk menggunakan indicator TCT untuk membuat kajian chart serta signal entry/exit. Indicator ini telah diubah nilainya serta setup untuk membolehkan ianya sesuai dengan market bursa Malaysia ini. Indicator TCT trial ini menggunakan platform tradingview kerana ianya mudah untuk di akses melalui aplikasi phone tradingview. Selain itu ianya sesuai untuk digunakan oleh free user tradingview atau pun yg berbayar pada tradingview.
Untuk mendapatkan akses menggunakan indicator TCT ini, anda boleh menghubungi secretary TCT (Saifurudin 0194444899).
Trial penggunaan indicator TCT adalah selama sebulan, jadi anda boleh mencuba sepenuhnya penggunaan indicator pada chart.
Tetapi indicator ini akan diberi terus secara percuma kepada student TCT. Ia merupakan bonus tambahan untuk student yang menyertai kelas TCT. Malah cara penggunaan akan diterangkan dengan lebih detail dan lebih advance.
Hubungi secretary TCT (Saifurudin 0194444899) untuk mendapatkan maklumat kelas serta tarikh kelas yang akan datang.