TCT Eminent Pro digunakan untuk kajian chart di mana ia mampu memberikan signal yang jelas kaunter tersebut dalam keadaan “Oversold” atau pun “Overbought”. Antara indicator yang paling mudah digunakan kerana ia mampu beri signal dengan jelas jika kenaikan atau penurunan disokong dengan “volume” yang besar.
Ada tiga level yang perlu diperhatikan melalui bar Eminent Pro ini.
- Level 80 – Overbought area
- Pada level ini selalunya kaunter tersebut telah melebihi pembelian yang banyak.
- Di mana signal sell akan keluar apabila garisan semakin menurun di bawah level 80.
- Level 50 – Confirmation trend
- Level yang menunjuk pengesahan trend sama ada menaik ataupun menurun apabila melalui level ini.
- Level 20 – Oversold area
- Merupakan level penjualan yang kurang. Di mana penjualan telah semakin habis dan tanda-tanda untuk menaik akan keluar
- Di mana signal buy akan keluar apabila garisan semakin menaik melepasi level 20.
Signal Pembelian
Trader yang mencari kaunter yang boleh digunakan untuk swing beberapa hari bolehlah mencari kaunter yang telah habis sesi penjualannya. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan TCT Eminent Pro untuk melihat signal berada di kawasan “oversold” iaitu di bawah level 20.
Signal Penjualan
Manakala kaunter yang telah mengalami kenaikan lebih dari level 80, kemungkinan besar akan berlaku penjualan dan harga akan turun sementara jika kaunter tersebut masih lagi uptrend . TCT Eminent pro akan memberikan signal penjualan apabila penurunan harga telah berlaku pada hari tersebut. Level “overbought” iaitu di atas level 80 merupakan limit kenaikan untuk sesuatu kaunter.
Memahami penggunaan garisan Intersect Pro

Garisan Intersect Pro merujuk kepada jumlah hari pergerakkan trading pada sesuatu kaunter. Setiap kaunter pergerakkannya berlainan, jadi latihan untuk memahami history pergerakkan Intersect pro perlu dibuat sentiasa.
Garisan biru pergerakkannya lebih cepat berbanding garisan merah, jadi untuk memahami waktu bila yang sesuai untuk masuk atau keluar. Sila rujuk penerangan di bawah:
- Apabila garisan biru melangkaui garisan merah dan menghala ke atas, itu merupakan signal kaunter tersebut bakal melakukan kenaikan.
- Apabila garisan biru melangkaui garisan merah dan menghala ke bawah, itu merupakan signal kaunter tersebut bakal melakukan penurunan.
*TCT menyediakan trial untuk menggunakan indicator TCT untuk membuat kajian chart serta signal entry/exit. Indicator ini telah diubah nilainya serta setup untuk membolehkan ianya sesuai dengan market bursa Malaysia ini. Indicator TCT trial ini menggunakan platform tradingview kerana ianya mudah untuk di akses melalui aplikasi phone tradingview. Selain itu ianya sesuai untuk digunakan oleh free user tradingview atau pun yg berbayar pada tradingview.
Untuk mendapatkan akses menggunakan indicator TCT ini, anda boleh menghubungi secretary TCT (Saifurudin 0194444899).
Trial penggunaan indicator TCT adalah selama sebulan, jadi anda boleh mencuba sepenuhnya penggunaan indicator pada chart.
Tetapi indicator ini akan diberi terus secara percuma kepada student TCT. Ia merupakan bonus tambahan untuk student yang menyertai kelas TCT. Malah cara penggunaan akan diterangkan dengan lebih detail dan lebih advance.
Hubungi secretary TCT (Saifurudin 0194444899) untuk mendapatkan maklumat kelas serta tarikh kelas yang akan datang.