Kajian dan review halatuju kaunter saham OCR Group Berhad (OCR, 7071) sekadar pembelajaran dan bukan bertujuan untuk buy call kaunter OCR ini ya. Nampak menarik dari segi Fundamental Analysis dan juga Technical Analysis. Ok, mari berkenalan dengan kaunter ini dulu. Berikut adalah profil syarikat seperti yang dipetik dari laman web bursamarketplace.com :
“OCR Group Bhd, formerly O&C Resources Berhad, is a Malaysia-based investment holding company. The Group, comprising the Company and its subsidiaries, is engaged in five major business segments: Construction, Trading, Manufacturing, Property Development and Others. The Group’s main revenue stream comes from the Construction segment, covering the construction of residential and commercial properties in Malaysia. Its Trading segment includes the trading and retailing of rubber products, baby apparels, toiletries, as well as electrical and mechanical products. Its Manufacturing segment is involved in the manufacturing of condoms and baby products, as well as molds. Its Property Development segment covers the development and operation of residential and commercial properties, while its Others segment consists of the investment holding activities.”
Berikut pula adalah maklumat kewangan syarikat OCR Group Berhad yang diperolehi dari laman web malaysiastock.biz:

Nampak sihat dan positif.

Profit dan Revenue meningkat banyak. Profit margin melompat sebanyak 41% dari -22.8% kepada 10.9%. Permulaan yang bagus dan baik untuk OCR membullish. Cuma semasa artikel ini ditulis, QR terkini masih belum dikeluarkan. Mungkin dalam masa terdekat.

Berita terkini tentang OCR : https://www.theedgemarkets.com/article/ocr-group-associate-inks-jv-participate-pahang-portion-ecrl

Top 10 Investors OCR, ada Kenanga dan juga KWAP disitu
Ok, dari segi fundamental nampak menarik. Bagaimana pula dengan analisis teknikal? Dibawah ini kami kongsikan chart dan potensi halatuju kaunter saham OCR berdasarkan analisis teknikal.

Daily Chart OCR. Baru break DTL 3yrs dan 4yrs. Jika tidak bocor 0.335 dan mengesahkan pullback, akan mula bergerak ke atas mencari higher high (HH) yang baru. Tapi, mesti berjaya memecahkan aras 0.375 terlebih dahulu.

Weekly chart. Potensi surf bollinger band. Dengan syarat tidak bocor 0.335.

Cup & handle pattern. Cup sudahpun siap dibentuk. Handle dalam proses pembentukkan. Neckline yang perlu dipecahkan adalah 0.445. Aras target harga adalah di 0.835 jika dapat memecahkan aras neckline di 0.445.
Review halatuju ini adalah sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata ya. Semoga mendapat manfaat dan boleh menjadi rujukan dalam membuat kajian kaunter. Boleh la sediakan trading plan siap-siap ya jika rasa kaunter saham OCR ini menarik untuk dipinang.