Bulan Quarter Report Lai
Quarter Report atau Laporan Suku Tahun adalah ringkasan penyata kewangan tidak diaudit mengandungi kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyata aliran tunai, yang dikeluarkan oleh syarikat setiap suku tahun (3 bulan).
Setiap syarikat awam yang didagangkan di Bursa mesti memfailkan laporan mereka dengan Jawatankuasa Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi tempoh tahunan berakhir 31 Disember dan suku tahun yang berakhir pada 31 Mac, 30 Jun, 30 September, dan 31 Disember. Laporan suku tahunan ini lazimnya difailkan dalam beberapa minggu sebelum tarikh akhir.
Laporan suku tahunan merangkumi data perakaunan dan kewangan penting untuk sebuah syarikat, termasuk pendapatan kasar, keuntungan bersih, perbelanjaan operasi dan aliran tunai.
Syarikat, pelabur, dan penganalisis menggunakan data dari laporan ini untuk membuat penilaian syarikat dan menilai trend.
Agak pasti QR yang akan keluar hujung bulan ni kebanyakkannya akan merah lah kecuali kaunter yang berkaitan Health Care ye pasal kes Covid 19. Sales HC yang pasti meningkat.
Jadi apa yang perlu kita lihat dalam QR yang dikeluarkan oleh syarikat? Mana nak dapat report ni? Boleh guna link ni untuk semak Malaysiastock.biz

Selain daripada keuntungan bersih (net profit), terdapat beberapa lagi istilah seperti jualan kasar (gross sales), jualan bersih (net sales), perbelanjaan, pendapatan operasi dan pendapatan sesaham (Earning Per Share) yang dapat membantu anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik ke atas sesebuah syarikat. Peningkatan yang konsisten di barisan atas laporan memperlihatkan pertumbuhan perniagaan yang kukuh.
Keuntungan bersih atau pendapatan bersih (net profit/net income) menunjukkan pendapatan atau kerugian bersih syarikat selepas cukai dan bayaran pinjaman.
Pendapatan sesaham (Earning Per Share) yang meningkat menunjukkan petanda peningkatan syarikat. Ia juga membantu kita untuk mengira nisbah harga-pendapatan (P/E ratio). P/E ratio saham adalah ukuran harga yang dibayar untuk saham berbanding dengan pendapatan bersih tahunan yang diperolehi oleh syarikat bagi setiap saham.
Secara umum, P/E yang tinggi menunjukkan pelabur menjangka pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi pada masa depan berbanding syarikat peers lain. Senarai peers ni boleh diperolehi di Bursa Market Place ruangan report so perlu downloadlah.

Semasa bulan Quarter Report keluar saya nasihatkan berhati2 lah, Slowkan TABIAT suka ‘bershopping’ dan beli kaunter bila dah dapat result QR.
Subscribe
Login
0 Comments