Kali ini kami review kaunter ICONIC untuk tujuan kajian dan pembelajaran. Sebelum melihat potensi halatuju kaunter ICONIC (9113) dari segi chart teknikal, kita berkenalan terlebih dahulu dengan kaunter ini dari segi fundamental. Iconic atau nama sebelum ini Sanbumi, merupakan kaunter dibawah kategori “Consumer Product & Services” dan subsector “Travel, Leisure & Hospitality”. Berikut adalah profil syarikat seperti yang dipetik dari laman web rasmi iconicworldwide.com.my :
Untuk maklumat kewangan, kami kongsikan dari lamanweb malaysiastock.biz seperti berikut :

Jika dilihat dari maklumat kewangan ICONIC diatas, dapat disimpulkan bahawa kaunter ini mempunyai kekuatan dari segi fundamental. EPS pun positif.

Profit margin melompat 100%.

Quarter report keluar dari kemerahan. Revenue 5 angka, net profit all time high.

ICONIC punya main bisnes adalah property development dan juga ICONIC Hotel di Pulau Pinang akan tetapi kaunter ini menjadi sebutan apabila ia turut terlibat dalam “face mask manufacturing” venture.
Menarik, ada masa depan yang cerah dan berdaya maju kan syarikat Iconic Worldwide Berhad ni? Director pun sentiasa mengumpul saham Iconic sejak dari awal tahun 2020. Bagaimana pula kaunter Iconic dari segi teknikal? Mari kita tengok chart Iconic dan potensi halatuju Iconic untuk tujuan kajian dan pembelajaran.

Jika dilihat pada pattern chart harian ICONIC, dapat dilihat pattern yang terbentuk adalah cup & handle pattern dimana neckline adalah di aras 0.490 dan aras target di 0.880. Selepas mencapai aras target 0.88, Iconic kembali turun ke neckline untuk membentuk handle. Buat masa ini, selagi berada diatas aras 0.490, Iconic berpotensi untuk kembali naik ke aras lebih tinggi cuma aras terkuat yang perlu dilepaskan adalah di aras 0.670. Jika berjaya memecahkan aras 0.670, aras target Iconic untuk peraman panjang adalah di 0.880 dan juga di 1.280. (Sekadar kajian dan pembelajaran).

Jika dilihat pada chart weekly Iconic, dapat dilihat ianya telahpun breakout DTL 18 tahun, kemudian sideway dan baru-baru ini membuat kenaikkan yang banyak. Aras yang perlu dipertahankan adalah di 0.490. Jika berjaya bertahan, Iconic akan kembali mendaki ke atas.
Review kaunter ini hanyalah sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata. Sila buat kajian yang lebih mendalam jika anda berminat untuk membeli saham kaunter Iconic ini ya. Jika anda rasa review ini bermanfaat, jemput kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain ya.