Kali ini kami akan cuba review kaunter saham D&O Green Technologies Berhad (D&O : 7204) untuk tujuan kajian dan pembelajaran. Perkataan D&O bermaksud Dominant & Opto. Apa itu Opto? Opto merupakan sejenis semiconductor dan untuk penerangan lebih lanjut, boleh baca di bawah ni :
“Opto-semiconductors are semiconductors that work by absorption and emission of light. The p-n junctions are the important part of these devices. Photodiodes, LEDs, solar cells, and semiconductor lasers are all categorized as opto-electronic devices. In opto-semiconductor devices there is interaction of light, in addition to the electron-hole interaction of semiconductors. ” (Sumber : Google).
Mari mengenal kaunter saham D&O ini dengan membaca profil syarikat seperti yang dipetik dari laman web rasminya:
Berikut pula maklumat kewangan D&O. Kuat atau tidak? Mempunyai masa depan yang cerah or malap?

Overall nampak ok untuk maklumat kewangan D&O. Ada dividen, EPS positif.

Profit dan revenue nampak kukuh. Cerah masa depan D&O ni.

Cawangan baru di Taiwan. Menarik.

Jangkaan prestasi kewangan D&O lebih bagus untuk separuh tahun kedua berbanding separuh masa pertama.
Nampak kukuh kewangan dan cerah masa depan syarikat / kaunter saham D&O Green Technologies Berhad ini kan? Bagaimana pulak dari segi analisis teknikal? Berikut kami kongsikan chart dan ulasan tentang peluang dan potensi D&O.
D&O telah melengkapkan pattern cup dimana neckline adalah di aras 1.00. Aras 1.00 juga merupakan aras all time high sebelum ini. Pada Jumaat lepas, D&O memecahkan aras 1.00 dan ditutup pada aras 1.10 untuk aras all time high yang baru. Jika D&O punya kekuatan untuk terus naik, ia akan membentuk chart pattern ascending scallop dan jika naik beberapa ketika dan membuat penurunan ke aras 90 sen, D&O akan membentuk pattern cup & handle. Aras target untuk kedua-dua pattern ini adalah di 1.680. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. Aras support terkuat buat masa ini adalah di 1.00.
Untuk chart mingguan D&O, dapat dilihat bahawa kaunter ini mempunyai momentum yang kuat untuk menerukan pendakian ke atas. Indicator yang kami gunakan iaitu Ichimoku Cloud, TCT Eminent Pro dan juga TCT MEG-Pro menunjukkan kaunter ini sangat stong bullish.
(Penafian : Penulisan review kaunter saham D&O ini adalah sekadar kajian dan pembelajaran semata-mata dan bukan buy call. Sebarang pembelian atau minat anda untuk membeli kaunter ini, perlulah dari kajian, penilaian, risiko dan tanggungjawab anda sendiri).