Bulan Quarter Report Lai Quarter Report atau Laporan Suku Tahun adalah ringkasan penyata kewangan tidak diaudit mengandungi kunci kira-kira, penyata pendapatan, dan penyata aliran tunai, yang dikeluarkan oleh syarikat setiap suku tahun (3 bulan). Setiap syarikat awam yang didagangkan di Bursa mesti memfailkan laporan mereka dengan Jawatankuasa Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi tempoh tahunan berakhir 31 Disember dan suku tahun yang berakhir pada 31 Mac, 30 Jun, 30 September, dan 31 Disember. Laporan suku tahunan ini lazimnya difailkan dalam beberapa minggu sebelum tarikh akhir. Laporan suku tahunan merangkumi data perakaunan dan kewangan penting untuk sebuah syarikat, termasuk pendapatan kasar, keuntungan bersih, perbelanjaan operasi dan aliran tunai. Syarikat, pelabur, dan penganalisis menggunakan data dari laporan ini untuk membuat penilaian syarikat dan menilai trend. Agak pasti QR yang akan keluar hujung bulan ni
View more-
-
KLCI sedang dalam fasa kejatuhan sejajar dengan kitaran hayat ekonomi dunia dimana akan berlaku kejatuhan setiap 10 tahun sekali dan begitu jugalah dengan kitaran hayat KLCI. Jadi, buat masa ini biarkan KLCI mencari tapak yang kukuh terlebih dahulu untuk setup higher low yang baru dan seterusnya membuat strong reversal. Jika telah berlaku strong reversal, kita ada masa 9 tahun sekurang-kurangnya untuk mendaki bersama KLCI. Jadi, jangan putus asa buat masa ni. Ada modal simpan dulu. Cari dan senaraikan kaunter-kaunter yang mempunyai asas kewangan yang kukuh dan stabil. Macam mana nak cari? Paling senang, cari kaunter yang sebelum ni yang harganya mahal tetapi membuat kejatuhan mendadak akibat dari jualan panic. Bila KLCI dah reversed semula, kaunter-kaunter ini akan naik semula selaju ia jatuh. Kami jangkakan KLCI
View more -
Kemanakah hala tuju KLCI yang seterusnya? Persoalan yang sedang bermain-main difikiran para trader. Pada Isnin yang lalu (24 February 2020), KLCI telahpun terjun ke dalam Bear Market apabila bocor aras 1516 (20% dari aras tertinggi) akibat daripada faktor virus Covid-19 dan juga faktor ketidakstabilan politik Malaysia. Setelah berada di bear market, bermulalah mimpi ngeri para trader apabila setiap hari kaunter merah mengatasi kaunter hijau. Hari terakhir Februari berakhir dengan penuh tragis apabila KLCI ditutup pada aras 1482.64 dengan kejatuhan sebanyak 22.95 mata. Sebanyak 1049 kaunter rugi berbanding 125 kaunter untung. Volume yang besar iaitu sebanyak 5.1 billion dengan nilai dagangan RM 4.78 billion. Kebanyakkkannya adalah volume jualan. Pasti ramai rakan trader yang syahid dalam minggu ini dan telah kembali ke ruang pertapaan apabila portfolio merah
View more -
Oleh sebab KLCI sudahpun masuk ke Bear Market, kami tulis serba ringkas tentang apa yang telah terjadi disini. Bersediakan kita untuk berada didalam Bear Market? Cuma, diharapkan dalam minggu ini or minggu hadapan KLCI cukup kuat untuk keluar kembali dari jajahan bear market ini. Ok, mula-mula sekali pasti ada yang masih kurang faham tentang apa itu Bear Market kan? Betul ke KLCI dah dalam jajahan ni? Ok, daripada screenshot di atas dinyatakan kejatuhan harga sebanyak 20%. So, berapa dah KLCI jatuh sejak dari puncak sebelum ini? Jika kita tengok pada chart KLCI, puncak tertinggi adalah pada aras 1896 dan 20% daripada 1896 adalah 1516.80. Kelmarin (24 Feb 2020) KLCI ditutup pada aras 1490.06. Jadi, bolehlah disimpulkan bahawa KLCI telahpun berada dibawah jajahan Bear Market buat masa
View more -
Berikut disenaraikan kaunter-kaunter yang bersaling kaitan antara satu sama lain. Jika satu antara kauter berkaitan telah naik kebiasaannya kaunter berkaitan dengan nya juga akan follow naik begitulah sebaliknya 1. ALCOM, KIANJOO & CANONE ( shareholder named Yeoh Jin Hoe ) 2. ASIA LIFE & MUDA ( Asialife have stake in Muda ) 3. ASDION, Nexgram & IRETEX ( Tey Por Yee ) 4. CENSOF & DNEX ( Censof owned Dnex ) 5. CMSB, DAYANG, PERDANA, NAIM ( TAIB MAHMUD ex chief minister of Sarawak ) 6. DRBHICOM, BPURI, MALAKOF, MMC ( Syed Mokhtar's companies ) 7. EFORCE & MYEG ( Wong Thean Soon ) 8. EKOVEST, DBHD, IWCITY ( Tan Sri Lim Kang Hoo) 9. EWEIN, OPCOM, THRIVEN, EDEN, DATAPRP, EDUSPEC, ASB 10. GKENT & JOHAN ( Tan Kay Hock ) 11. INSAS, SYF, HOHUP, MIECO, INARI, DGSB
View more -
Mesti korang ingat semua teknik trading bermula daripada barat kan? Terdapat satu teknik yang gemar digunakan oleh para TRADER diluar sana yang datangnya dari NEGERI MATAHARI TERBIT iaitu teknik batang lilin. Tapi apa itu teknik batang lilin? Dengan nama yang lebih komersial dipanggil teknik CANDLESTICK. Tahukah anda yang sebenarnya teknik ini sudah berabad lamanya yang telah digunakan untuk berdagang. Teknik CANDLESTICK yang digunakan hari ini berasal dari Jepun selama lebih 300 tahun sebelum orang barat mengeluarkan struktur BAR CHART dan POINT & FIGURE untuk menganalisa pasaran. Pada tahun 1710 di Jepun yang sedang dibawah kekuasaan dinasti Tokugawa, perdagangan beras menjadi sangat popular. Pada ketika itu perdagangan beras adalah melalui Kupon. Siapapun yang memegang Kupon Beras, dapat meng-Claim kiriman beras puluhan karung di masa yang mendatang. Oleh kerana terlalu popularnya kupon
View more -
ANDA PEMINAT WARRANT? Dewasa ini ramai pelabur di Bursa Malaysia, terutama Grup Telegram Traders Corner Talk yang lebih berminat untuk membeli warrant berbanding mother share disebabkan harganya yang jauh lebih murah serta potensi kenaikan yang lebih tinggi. Berikut adalah contoh warrant ekovest Namun untuk membeli sesuatu warrant bukan hanya sekadar dengan melihat pergerakan carta berdasarkan kajian teknikal samada Buy On Breakout (BOB) atau Buy On Deep (BOD). Tetapi perlu juga mengambil kira beberapa perkara yang tersangatlah penting sebelum membuat keputusan pembelian warrant tersebut. 1️⃣ MATURITY DATE Perbezaan di antara warrant dan mother share adalah warrant mempunyai tempoh matang yang tertentu. Tempoh matang sesuatu warrant di antara 3-10 tahun. Manakala tempoh matang bagi Structure Warrant seperti Call Warrant dan Put Warrant adalah di antara 3-5 bulan sahaja. Kebiasaanya pergerakan warrant akan
View more -
Berikut adalah singkatan perkataan yang biasa digunakan dalam perbualan para pelabur saham atau traders. Biasanya di grup perbincangan telegram Traders Corner Talk juga kerap menggunakan singkatan-singkatan ini dalam perbualan seharian terutama dalam memperbincangkan kaunter-kaunter pilihan FA - Fundamental Analysis ialah Kajian Halatuju Syarikat Pada Masa Hadapan(Future) kajian berkaitan dengan perniagaan syarikat, pengurusan, pemegang2 saham utama dan prestasi kewangan syarikat TA - Technical Analysis ialah Kajian Pergerakan Price/ Harga Yang Lepas ( History) Kajian berkaitan dengan volume, price, indikator, candlestick yang menggunakan chart PVA: Price Value Action Jenis pelabur Intraday/ scalper : belian dan jualan dlm masa hari yang singkat Swing: belian dan jualan dalam jangka masa lebih satu hari dan kurang 6 bulan Position: mid to long term Investor : long term. bertahun2 64 istilah sering digunakan ( Akan bertambah jika ada istilah-istilah
View more -
Adakah anda percaya jika kami katakan bahawa pasaran saham adalah sebuah pasaran yang dimanipulasikan? Pasaran yang dikawal oleh orang kaya atau operator sindiket. Agenda mereka adalah untuk membeli saham di harga rendah dan menjual pada harga tinggi (sebaliknya untuk menjadikan pelabur runcit (trader) membeli tinggi dan menjual rendah). Jika anda tahu bagaimana mereka kerja, anda bukan sahaja boleh mengelak dari menjadi mangsa mereka, anda juga boleh menjana keuntungan daripada tindak tanduk mereka. Pada asasnya, mereka memanipulasi (menolak ke bawah untuk membuat pengumpulan / accumulation dan menolak ke atas untuk pengagihan distribution) kaunter saham dalam dua hala: melalui analisis Technical and Fundamental. Analisis Teknikal - mereka akan menjual untuk menjatuhkan dan kemudian membelinya kembali. Biasa tak ada pengalaman macam ni? Tiba-tiba, kaunter yang mempunyai sedang membuat kenaikkan,
View more -
Ramai yang berminat untuk menceburkan diri dengan dunia pelaburan saham sekaligus semangat untuk belajar saham datang membuak-buak. Yela, segala tentang duit, kesenangan, kaya dan berjaya tu memang mudah untuk menarik minat seseorang. Untuk belajar saham, terdapat banyak kelas-kelas saham di luar sana termasuk juga kelas yang Traders Corner anjurkan. Pasti pening kepala nak pilih kan? Ada kelas saham selebriti yang membuat pemasaran besar-besaran menjual impian seperti Seminar Labur Saham, Asri Ahmad Academy, The Protege, Menang Saham DDNK dan sebagainya. Tapi, yuran pun memang mahal sungguh. Ada modal RM5000, yuran kelas belajar basic tentang saham dah RM4,000++, berapa je modal yang tinggal untuk guna melabur saham? Oleh sebab itu, Traders Corner menyediakan platform percuma di website kami untuk membantu semua yang berminat untuk belajar saham mendapat ilmu
View more