This topic contains 1 reply, has 2 voices, and was last updated by  asyrafmalik 1 year, 1 month ago.

Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)
  • Author
    Posts

  • masteradmin
    Keymaster
    Postcount 2

    Teknik trading menggunakan indicator bolingger band memang sangat menarik kerana kita dapat lihat jika candle terkeluar dari upper bolinger, candle seterusnya harga akan turun kerana candle perlu kembali ke dalam bolinger band channel. Begitu juga jika candle terkeluar dari lower bolinger band, sangat sesuai untuk membeli kerana kebiasaan candle akan memanjat keatas semula untuk masuk ke dalam bolinger band channel. Begitu juga dengan teknik trade menggunakan middle bolinger. Selepas berehat beberapa hari candle kebiasaannya akan rebounce di atas middle bolinger untuk kembali naik ke atas. Menarik kan trading dengan bolinger band ni. Boleh tau bila masa yg sesuai untuk elakkan sesuatu kaunter dan bila masa yang sesuai untuk membeli dengan harga yang rendah dengan potensi keuntungan yang lebih besar.


    asyrafmalik
    Participant
    Postcount 1

    RAMAI DI KALANGAN KITA GEMAR MEMBELI DAN MENJUAL WARRANT KERANA HARGANYA LEBIH MURAH DARI HARGA SAHAM INDUKNYA.
    ADAKAH ANDA TAHU APA ITU WARRANT??

    Serba sedikit mengenai warrant saya kongsikan, moga bermanfaat.
    Contoh: TRC-WA, TRC-CA, TRC-OR, TRC-WR, TRC-HA

    -WA
    -WB
    -WC
    -WD
    -WE
    -CA
    -CB
    -CE
    -CD
    -WR
    -OR
    -HA
    -HB

    Apa maksudnya?

    [-WA, -WB, WC, WD, WE]
    – Warrant
    – Syarikat yang keluarkan.
    – Min 5 Tahun
    – Boleh tukar ke mother share(IBU)
    – Pergerakan harga berdasar mother share

    [-CA, -CB, -CE, -CD]
    – Call Warrant
    – Bank yang keluarkan
    – Min 6 Bulan, Max 1 Tahun
    – Tidak boleh tukar kepada mother share
    – Pergerakan harga berdasarkan indicator sahaja

    [-Hxxxx] Hadging
    – Put Warrant
    – Third-party yang keluarkan
    – Mengimbangi kerugian
    – Pergerakan berlawanan dgn mother share

    [-WR]
    – Borang untuk dapatkan warrant

    [-OR]
    – Borang untuk dapatkan mother share

    Semua warrant ada maturity date, boleh cek di bahagian general info setiap warrant, dan setiap warrant juga ada Conversion Price atau Excercise Price dimana perlu diambil kira untuk setiap pembelian warrant. Boleh cek dibahagian Announcement.

    Apa itu Waran?
    =============

    Dari segi definisi harfiah, waran bermaksud dokumen atau sijil yang memberikan kuasa atau kebenaran. Dalam dunia saham, waran bermaksud sijil yang membenarkan si pemegangnya kuasa untuk membeli saham sesebuah syarikat pada harga diskaun dalam tempoh yang ditetapkan.

    Bertentangan dengan kebiasaan kepercayaan orang ramai, waran bukanlah saham. Ia hanyalah suatu kebenaran untuk membeli saham syarikat tersebut pada harga diskaun selagi belum tamat tempoh.

    Oleh kerana waran hanyalah satu bentuk kebenaran untuk mendapatkan saham pada harga diskaun, maka si pemegangnya tidak dianggap sebagai pemegang saham kerana saham yang sebenar belum lagi dimiliki.

    Dalam erti kata lain, si pemegang waran bukan salah seorang pemilik syarikat dan ini menyebabkan siapa yang memegang waran tidak layak menerima sebarang dividen, bonus mahupun mempunyai hak untuk mengundi di dalam mesyuarat agung tahunan.

    Kenapa syarikat mengeluarkan waran?

    Sebuah syarikat mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan tunai bagi menjana perniagaannya.

    1. Membuat pinjaman bank. Kelemahan cara ini ialah adakalanya jumlah pinjaman tunai yang diperlukan oleh syarikat besar dan bank mungkin tidak dapat memberikan jumlah pinjaman yang diperlukan syarikat.

    2. Menjual sebahagian ekuiti syarikat dalam bentuk saham yang kemudian dibeli oleh orang awam. Kelemahan cara ini ialah jika terlalu banyak saham yang dimiliki orang awam, para pengarah syarikat mungkin akan hilang kawalan terhadap syarikatnya sendiri.

    3. Berhutang dengan orang awam dengan cara menjual bond. Kelemahan cara ini ialah syarikat perlu benar2 mempunyai reputasi baik agar dapat meyakinkan orang awam agar memberikan hutang kepadanya.

    4. Menjual waran. Kelemahan cara ini ialah saham syarikat terpaksa dijual pada harga lebih murah.

    Oleh itu, boleh disimpulkan syarikat biasanya akan mengeluarkan bond dan waran hanya jika ia mempunyai projek yang besar yang memerlukan dana yang juga besar serta tempoh perlaksanaan projek yang lama.

    Pada mulanya syarikat akan mengeluarkan bond terlebih dahulu. Untuk menarik minat pelabur agar membeli bond yang dikeluarkannya, kebiasaannya syarikat turut memasukkan waran dalam pakej pembelian bond secara percuma sebagai suatu tarikan/goodies/pemanis/bonus. Kemudian, sambil projek berlangsung, jika syarikat masih memerlukan tunai yang lebih, maka syarikat seterusnya boleh menjual baki warannya pula.

    Apa kebaikan waran kepada trader?

    Apabila seorang trader menerima waran, dia mempunyai 2 pilihan.
    1. Menebus waran tersebut kepada saham sebenar.
    2. Ataupun, mendagangkan waran tersebut seperti mana dia mendagangkan saham yang sebenar.

    Untuk menebus waran kepada saham, seorang trader perlu mengetahui 2 perkara; exercise price & expiry date. Exercise price ialah harga saham tersebut jika ia ditukarkan dari waran kepada saham. Pada permulaan waran dikeluarkan, kebiasaannya exercise price akan lebih rendah berbanding harga saham sebenarnya.

    Pada masa sama, oleh kerana waran turut didagangkan seperti saham biasa, maka waran juga mempunyai harga semasanya yang tersendiri. Kebiasaannya, bentuk pergerakan harga dipengaruhi oleh “Gearing” dan “Premiumnya”. Jika Gearingya Kurang dari Nilai 3 dan Premiumnya Kurang dari Nilai 100% maka warrant ini selalunya akan taat dan patuh ikut pergerakan harga induknya.

    • This reply was modified 1 year, 1 month ago by  asyrafmalik.
Viewing 2 posts - 1 through 2 (of 2 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Top