This topic contains 4 replies, has 4 voices, and was last updated by  Juzairi 9 months, 1 week ago.

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)
  • Author
    Posts

  • Sang Saga
    Participant
    Postcount 1

    As Salam Admin sorrylah. ada beberapa yg boleh sy share.
    Penah pergi beberapa tempat belajar saham ni, ada yang sgt basic ada yg sgt advance. Yg sangat basic mcm tak nampak hala tuju pulak. yang terlalu advance rasa mcm loss gila sbb tak tau nak guna apa.
    Tapi, ada satu tempat ni harga untuk kelas basic terlalu mahal lah pulak. Sy masih baru dalam saham ni, baru nak masuk setahun, rasa rugi je sentiasa. Awalnya positifkan minda sbb tahun 2018 ni mmg banyak issuelah, news luar dan dalam negara.
    BIla pergi kelas advance (sy terus langkau tak pegi kelas moderate heeheh) woah terlalu banyak indicator yg sy tak tau selama nih. BOleh gabung2 lagi. Barulah ada semangat sikit nak trade, kalau loss pun sbb buat kajian. Tapi berbaloi, sebab kita nampak apa yang perlu di studykan pada chart, ini tengok chart kosong, ntah bila sy akan beli kaunter tu.
    pssst kalau boleh elakkan lah pegi kelas yang famous kat fb tu, yang Haji Haji tu dia ada hurup A sampai 3 tu. Membuang masa sy bila dah tau teknik lebihh sket ni.

    thanks admin
    Sang Saga


    saidin
    Participant
    Postcount 2

    As Salam Sang Saga,

    Eh ler, mcm tempat yang sama penah sy pergi belajar saham. Memang tak berbaloi lah. Saya pergi basic FA dekat isaham setengah hari je, tak perlu sampai 3 hari nih. Hadoih Memang kene gamelah dengan Haji Asri tu kita nih. Bila anak murid marah sebab loss, diorang akan cakap salah sendiri sebab sendiri trade tak ikut ilmu. Macam mana nak faham, hantar kat dalam group profit yang mereka dapat hari tu, suruh kita kaji macam mana dia boleh untung. Dari kita yang tengok basic ni, tak nampak pun macam mana dia boleh masuk dan untung. Bila ditanya di khinzirkan nye kita. PUnya lah kasar, lepas tu baru tau dia beli bukan dari cara basic FA lah ape lah yang dia ajar. Macam mana lah kita ni sebagai anak murid nak faham dan belajar. Bila ada kawan2 yang share teknik advance sikit tak bagi pulak, macam2 alasan dia bagi, takut orang tak paham lah apelah, habis yang ko untung tu paham sangat lah kami.
    Haish kalau nak komen memang panjanglah. Sampai sminggu pun tak abis lagi. huhu


    Harun Jadit
    Participant
    Postcount 1

    Ada jugak yg senasib dengan saya rupanya. Sy join Asri Ahmad Academy ni sebab dia punya marketing sembang mmg tip top. So, register & join dia punya seminar labur saham. Bayar RM90. Sehari kena brainwash dkt seminar labur saham tu ditambah pulak dia gunakan ustaz2 & pusat zakat so join la kelas The Protege yang berharga RM4,000. Gila la sgt mahal tp oleh sbb mcm2 yg dia ckp dalam seminar labur saham tu terjebak la jugak. Katanya ada group support yang aktif dan semua dia punya super trader akan membantu dan membimbing kalau ada masalah.

    Bila dah abis kelas The Protege selama 3 hari, punya la semangat nak labur saham dan harap boleh la dapat balik modal RM4000 yang dibayar utk join kelas Asri Ahmad Academy ni. Rasa mcm dah cukup ilmu sbb yela 3 hari belajar saham ditambah pulak byr mahal dan katanya guru Asri sgt hebat orangnya. Sebulan, dua bulan, tiga bulan kemudian…asyik loss je. Bila komplen, katanya kena join kelas revision. Kena bayar RM130 kalau x silap. Lupa dah. Pergi kelas revision masih cerita yang sama. Balik loss jugak. Then dia iklan pulak kelas Mentoring Program, bayar lagi. Diajar tentang reversal candle. Ok la jugak tp diajar bila nak entry tak diajar bila nak exit. Hahaha…elok2 untuk loss balik. Bila ckp masih loss, disuruhnya join kelas Trader Care Unit (TCU) yang berharga RM300. Dah la loss, then kena keluar duit lagi. Bila komplen lagi, keluar pulak iklan utk kelas Momentum Trading & Trade The Chart. Harga pun boleh tahan mahal. RM1500 & RM2500 kalau x silap utk dua2 kelas ni. Dah gaya Azizan Osman punya gaya marketing & kelas berperingkat. Ya, memang dia anak murid dan rakan Azizan rupanya. Patut sama je skill menelan duit peserta.

    Tentang group yang sentiasa menyokong tu sy belum jumpa lagi di Asri Ahmad Academy. Sy dimasukkan ke dalam 3 group telegram yang berlainan. Tapi, sunyi sepi je groupnya. Kadang2 je ada yg post ttg DJI punya result, The Edge punya paper, news2 dan selalunya orang kuat Asri Ahmad Academy ni akan post profit je. Siap ada gambar rumah & ikan di pasar. Kiranya dia trade boleh bayar rumah & boleh jadi sumber pendapatan harian la kan. Then, akan tulis cuba kaji dekat mana di entry & exit. Sbb dia takde masa nak explain. Baik dia buat duit dengan fokus beli saham katanya. Huhuhu…panjang lebar juga ni. Kalau ikutkan hati nak menulis ni…esok pun tak abis lagi. Sorry ye tuan rumah. Membawang pulak kat sini. Sape2 yg terasa nak join AAA ni, fikir2kanlah ye. Sy lepas join kelas yg sgt murah ditambah dengan kerajinan belajar sendiri di internet, tengok video youtube ttg teknik trading, beli buku & baca smpi habis barulah sekarang ni merasa profit yg konsisten setiap hari. Bila dikenang balik ttg apa yg diajar di Program The Protege, Asri Ahmad Academy ni mcm terlalu basic dan memang susah nak buat profit. Nanti la sy membebel lagi kenapa program tu sy cakap gagal kalau ramai yang minat nak tau. C u then.

    • This reply was modified 9 months, 3 weeks ago by  Harun Jadit.

    saidin
    Participant
    Postcount 2

    Hurm makin ramai lah tekena dengan Haji Asri ni.
    Memang kene elakkan lah join next time. Group support tak macam support pun. Minta orang komen yg baik2 je. Bila komplain sikit dah marah2. Sound macam2. Macamlah kita ni tak nak berjaya dan asyik salah diorang je. Kalau diorang share benda yang betul2 membantu takpelah. Kadang-kadang ada je yang melebih2 macam Jazz tu. Hadoih Perangai budak lagi. sabo jelah


    Juzairi
    Participant
    Postcount 1

    Alamak!!! Geng Brakeout!!! memamng masuk kelas Asri Ahmad ni broke terus! 95% kalau tak join kelas lain rasanya lingkup dalam tu. Grup telegram yang disediakan hanyalah untuk menjual bisnes dia semata-mata. Langsung takde nak membantu melayu sebaliknya tikam melayu dengan iklan hebat dari FB dan kebetulan ramai melayu nak cepat kaya macam aku jugak awal-awal join dulu so apa lagi terkena laa.

Viewing 5 posts - 1 through 5 (of 5 total)

You must be logged in to reply to this topic.

Top